Gambus
Gambus merupakan sejenis alat muzik
bertali tradisional di Malaysia.
Ia berbentuk seperti buah pear yang
dibelah dua.
Gambus tergolong dalam alat muzik
jenis ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.
Gambus terdapat dalam pelbagai jenis
iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.
Gendang
Gendang ialah alat bunyian yang
diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia
merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.
Setiap bangsa seperti Cina, Melayu
dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri.
Gendang boleh didapati dalam pelbagai
saiz dan kegunaan.
Ada gendang yang digunakan untuk
persilatan bagi orang Melayu.
Ada gendang digunakan bagi tari
menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan
Diraja.
Gong
Gong merupakan sejenis peralatan
muzik ‘idiophone’ yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah
wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi
mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting
yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik
gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.
Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruuk, Terengganu pada 1974. Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa, dan banyak nama tempat di Kelantan, dan Terengganu menggunakan nama Gong.
Alat ini terjamin berkualiti tinggi
kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat
ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai
‘shallow rims’ dan ‘small boss’. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi
isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.
Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan
Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang
akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang
bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh
raja.
Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional
yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat
muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Pada
kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan
bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan
bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal
dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika
zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad
ke-13 oleh pedagang Arab. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit
dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan
cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu
dengan sebelah tangan yang lain. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit
kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang
biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan.
Bunyi ‘bum’ di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan
dikuncup/rapat. Bunyi ‘pak’ di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan
jari tangan yang terbuka. Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan
di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab
ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut
diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering
diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus
ini.
No comments:
Post a Comment