ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU
Adat ini juga dikenali sebagai meninjau atau menengok. Ianya adalah bagi memastikan gadis yang hendak dipinang masih belum berpunya. Ini adalah kerana Islam melarang meminang gadis yang telah bertunang. Ia juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang keluarga gadis, kemahiran berumahtangga, adab sopan, tingksh laku, rupa paras serta pengetahuan agamanya. Biasanya adat ini dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki.
Semasa merisik, biasanya pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan sekiranya pihak gadis bersetuju, tarikh peminangan akan di tetapkan. Namun begitu, adat merisik sudah jarang dilkukan kerama mereka sudah saling mengenali di samping untuk menjimatkan kos.
MEMINANG
Setelah
merisik dan diketahui bahawa si gadis masih belum berpunya, pihak
lelaki akan menetapkan satu tarikh untuk menghantar rombongan
peminangan. Urusan peminangan ini juga akan dilakukan oleh keluarga
terdekat pihak lelaki. Adat meminang ini adalah bagi pihak lelaki
menyatakan hasrat mereka secara rasmi. Turut dibincangkan di dalam adat
meminang ini adalah berkenaan jumlah hantaran dan bilangan ahli
rombongan yang akan datang pada majlis pertunangan bagi memudahkan pihak
gadis membuaat persiapan.
PERTUNANGAN
Setelah
majlis meminang di selesaikan, maka majlis pertunangan diadakan. Pihak
lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis
pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran
yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkisn
utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, kuih
muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik akan
diberikan kepada pihak perempuan.
Mengikut
adat, hantaran akan turut diberikan kepada kakak si gadis jika si kakak
masih belum berkahwin. Ini dinamakan langkah bendul. Bilangan hantaran
juga di hantar dalam bilangan ganjil seperti lima, tujuh, sembilan,
sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap membawa implikasi yang
tidak baik. Bilangan hantaran pihk perempuan juga akan melebihi hantaran
daripada pihak lelaki.
Antara contoh barangan hantaran pada majlis pertunangan adalah seperti berikut :


AKAD NIKAH
Akad
nikah bukanlah suatu adat tetapi adalah merupakan ajaran agama dan
merupakan kemuncak kesahihan sebuah perkahwinan. Akad nikah dilaksanakan
selepas semua perjanjian yang dibuat dengan pihak perempuan telah
disempurnakan seperti wang hantaran, mas kawin dan barangan lain.
Upacara
ini boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau di rumah pengantin
perempuan. Di dalam upacara ini, bapa pengantin prempuan perlu menjadi
wli untuk menikahkan anaknya. Namun begitu, dia boleh mewakilkan kepada
jurunikah untuk menjalankan bagi pihaknya. Kebiasaanny, majlis akad
nikah akan diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.
Pada majlis itu, pengantin lelaki akan mengenakan pakaian berwarna cerah
seperti majlis pertunangan. Sebelum akad nikah, Tuan Kadhi akan
memeriksa wang belanja dan hantaran lain bersama dua orang saksi dari
pihak pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan duduk di atas sebuah
hamparan sementara Tuan Kadhi akan masuk menemui pengantin perempuan
bagi mendapatkan persetujuan untuk dinikahkan. Selepas itu, Tuan Kadhi
akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum hal-hal
berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Kemudian, Tuan Kadhi akan
membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki.
Lapafaz nikah adalah berbunyi "Aku nikahkan dikau dengan (nama pengantin perempuan) dengan mas kawin sebanyak( mengikut negeri) tunai." Pengantin lelaki akan menjawab, " Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kawin sebanyak( mengikut negeri) tunai". Saksi
akan mengesahkan lafaz nikah itu jelas atau tidak. Jika tidak, akad
nikah akan dilakukan semula sehingga saksi berpuas hati. Selepas itu,
doa selamat di bacakan sebagai tand kesyukuran.
Selepas
itu, pengantin lelaki akan menyarungkan cincin perkahwinan ke jari
pengantin perempuan sebagai tanda membatalkan air sembahyang. Si isteri
akan menunggu di bilik yang dihias indah. Sesudah itu, mereka akan
bersalaman sebagai tanda mereka telah diijabkabulkan. Kemudian , adat
berinai dijalankan dimana kedua mempelai di tepung tawar. Peralatan yang
digunakan adalah seperti semangkuk bertih, semangkuk beras
kunyit,sepiring ini, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan
semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua pihak akan melakukan upacara
tepung tawar dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar
ke tpk tsngan pengantin. Beras kunyit dan bertih akan di tabur di
hadapan pengantin dan orang ramai. Bunga telur akan diberi kepada orang
yang menepung tawar.
Upacara Akad Nikah
PERKAHWINAN
ADAT BERINAI
Majlis berinai biasanya diadakan berpingkat-peringkat.
BERINAI CURI - biasanya diadakan tiga malam sebelu hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.
BERINAI KECIL - biasanya diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja.
BERINAI BESAR
- biasanya diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad
nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.
Selepas
adar Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di
rumah pengantin perempuan.. Sebaliknya pengantin lelaki akan pulang
terus kerumahnya atau bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang
berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.
No comments:
Post a Comment